Thursday, June 18, 2009

Kejayaan adalah sesuatu yang paling berharga


Sering sekali kita mendengar perkataan berjaya atau sebuah kejayaan, kadang-kadang hal ini sudah membuatkan kita marasa takut. Karana makna dari kejayaan itu sangat mendalam sehingga ramai orang takut melangkah ke arah kejayaan. BERJAYA, bagi sesetengah orang hanyalah impian semata atau hanya sebuah angan-angan dan hal ini sangat jauh daripada pimikiran kita. Namun tidak seperti yang kita fikirkan, saya berkata begitu bukan bererti tidak ada orang yang berjaya dengan apa yang di impikan. sesetengah orang memang ada yang sentiasa mendapatkan kejayaan.

bahkan Saya sendiri, sering bertanya kepada hati, “bilakah saya boleh memcapai impian seperti si XXXXXXX?”. kadangkala saya terpikir ingin medapat kejayaan yang seringkali muncul di dalam fikiran ini “kenapa saya belum mencapai kejayaan itu ? adakah usaha yang saya lakukan selama ini kurang ?. Pertanyaan itulah yang selalu bermain di dalam fikiranku..

Bahkan, ternyata dalam suatu buku yang membahas tentang kejayaan, kejayaan itu bukanlah hal yang perlu kita takuti, sesuatu yang sangat besar dan sangat sukar untuk dicapai. Kejayaan itu ada di depan mata kita setiap masa. Tetapi kita sering dilupakan dengan pelbagai perkara yang berlaku di sekeliling kita, secara tidak langsung hal sedemikianlah yang menjauhkan kita dari “kejayaan” itu. pelbagai perkara disekeliling kita yang seringkali menjadi sebuah tembok penghalang bagi kita untuk mencapai kejayaan, dan kita akan melakukan perkara-perkara yang tidak begitu penting dan menjadikannya sebagai satu perkara yang penting. Inilah yang selalu membuatkan kejayaan kita yang berada di depan mata menjadi seperti sebuah layang-layang yang terputus talinya dan terus melayang entah kemana arah tujuhnya.

Kejayaan menurut saya bukan hanya memiliki sepuluh buah rumah, setiap bulan mendapatkan 10 cek dengan nilai 4 hingga 5 digit atau mempunyai 10 buah kereta. kejayaan sendiri jika menurut saya adalah ketika kita dapat menemukan sebuah kedamaian dan kebahagian dan bila kita melakukan hal-hal yang kita sendiri merasa senang bila melakukannya. Banyak orang menganggap si XXXXXXX sukses disebabkan memiliki 10 buah rumah, 10 buah kenderaan dan memiliki kemewahan. Tetapi di sebalik semua kekayaannya itu belum tentu terdapat sebuah kejayaan didalamnya. Orang berjaya tidak selalunya orang yang kaya dan mempunyai kemewahan. seringkali kita temui orang yang mempunyai kemewahan atau kekayaan itu, tidak pernah mendapatkan sebuah kedamaian dan kebahagiaan di dalam hidupnya. jadi sekarang apakah anda masih takut untuk mengejar kejayaan ? kejayaan yang sebenar terletak pada hati kita yang merasakan kedamaian dan bahagia karana sesuatu perkara yang kita lakukan.

Jom kita kejar kedamaian dan kebahagiaan hati kita masing-masing !!! mungkin anda boleh mencapainya. Kerana dalam seseatu kedamaian dan kebahgiaan di situ la ada sejuta kejayaan. tetapi jika anda merasa kurang yakin dengan apa yang anda lakukan, disitulah sebuah kesukaran dan didalam sebuah kesukaran disitulah sejuta tembok yang mengghalang kita untuk mencapai sesuatu yang paling berhaga iaitu kejayaan….

Tuesday, June 16, 2009

Apa yg kita lakukan d luar kemampuan kita

D LUAR KEMAMPUAN KITA

Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya.

"Hai jam, adakah kamu sanggup untuk berdetik paling kurang 31,104,000 kali selama setahun?" "Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?"

"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?"

"lapan puluh ribu empat ratus kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.

"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?"

"Dalam satu jam harus berdetik 3,600 kali? Banyak sekali itu" tetapi jam masih lagi ragu-ragu dengan kemampuan dirinya

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian berkata kepada si jam,

"Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetik satu kali setiap detik?"

"ermmmm, kalau begitu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh yakin.

Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik satu kali setiap detik.

Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa karena selama satu tahun penuh dia telah berdetik tanpa henti.

Dan itu berarti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan tugas dan pekerjaan yang terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalaninya, kita memang mampu. Bahkan yang semua kita anggap impossible untuk dilakukan walau sekalipun. Jangan berkata "tidak" sebelum Anda pernah mencubanya

Ada yang mengukur hidup mereka dari hari dan tahun, yang lain dengan denyut jantung, gairah, dan air mata. Tetapi ukuran sejati di bawah mentari adalah apa yang telah engkau lakukan dalam hidup ini untuk orang lain.

Monday, June 15, 2009

kenangan


kenangan ku.....

hari pertama menjadi bloger